CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 24, 2009

SILAP FAHAM

"Mi, cikgu cakap suruh pakai t-shirt,nak main kat luar" beritahu puteriku malam semalam.
"Cikgu sekolah adik?"
"Bukan, cikgu tadika lah" jelasnya.
Bangun pagi tadi perkara sama diulang lagi. Lalu aku memakaikannya t-shirt lenagn panjang dan seluar track, serta tudung hijau.
"Mi, tak naklah tudung hijau, nanti cikgu marah. Nak tudung putih"
"Tak apa... kan Nabihah nak main-main kat luar, tudung putih nanti kotor" terangku.
"Nanti ummi cakap kat cikgu ye!" pintanya, takut benar kalau ditegur oleh cikgu kerana tudung uniformnya ialah warna putih sahaja.
"Ya lah" aku berjanji.
Tapi dalam hatiku memang ragu-ragu betul ke cikgu meminta murid-murid tadika tersebut memakai baju PJ. Jadi sebelum menghantar Nabihah ke tadika, aku mencapai uniformnya dan dimasukkan ke dalam kereta, sbg back-up.
Sampai di sekolahnya aku menjenguk ke dalam kelas... semua murid beruniform ungu seperti biasa... Sah! Nabihah sudah silap faham arahan guru hehehehe... kebetulan pada masa yg sama terdapat seorang ibu yg menghantar anaknya, juga berpakaian sukan.
Jadi bukan Nabihah seorang yg silap faham... Bila ditanyakan kepada gurunya, rupa-rupanya murid-murid dikehendaki memakai pakaian sukan pada hari Rabu minggu depan untuk latihan... kerana selepas raya nanti ada sukan...
Hmm... Aku mendapatkan Nabihah di dalam kereta dan menerangkan kepadanya perkara sebenar.
"Jom,kita tukar baju kat bilik air" aku mencapai uniformnya di tempat duduk belakang kereta.
Sambil matanya menjeling ke dalam kelas, dgn lajunya dia berlari ke bilik air. Hahaha! Rupa-rupanya tahu gak dia malu kat kawan-kawannya kerana silap faham arahan guru... Selepas menukar uniform barulah dengan lagak tenang puteriku melangkah ke dalam kelas... macam tiada apa-apa berlaku... Hmmm... pandai cover!!!!

0 comments: