CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 2, 2009

MENGHITUNG HARI

Bangun pagi-pagi kedengaran kata-katanya: " Nabihah nak gi sekolah "
Ummi: "Masih cuti sayang... sekolah belum buka lagi".

Lalu je area Taman Damai/Taman Semarak dia sibuk tunjuk sekolahnya (Tadika Surau Taman Seri Semarak). " Sekolah baru Nabihah ada satu je bendera ". Dari hari pertama ummi pegi daftarkan dia ke tadika tersebut, dia sudah menyebut tentang itu. Ntah la, ummi pun tak perasan , dan tak tahu bendera mana yang dimaksudkan. " Old school Nabihah ada bendera banyak ", dia membandingkan dengan nursery yang dihuninya sejak 2006.

Sejak balik beraya haji di Kelantan Disember lepas lagi dia sibuk meminta dibelikan beg beroda macam Chu Ainnya. Bahkan dimintanya kasut putih dan pakaian seragam sekolah. Bila ummi katakan bahawa Nabihah masih kecil, apalagi melentinglah dia, katanya " Nabihah dah besar la ummi. Nabihah nak sekolah macam Chu Ain".

Tidak menghampakan permintaannya, semalam ummi dan abah bawa dia ke pusat bandar Parit Buntar untuk membeli beg sekolahnya. Kecik-kecik pun dah selektif. Yang itu tak mahu "beg lelaki la abah", yang ini tak nak "Ni gambar Barbie empat, Nabihah nak gambar barbie 3 je, macam beg Chu Ain". Kami dah berkenan dengan beg beroda yang kecil, sesuai utk budak tadika tapi dia tak mahu. Puas dipujuk, bahkan salesgirl kat situ 2 3 orang guna macam-macam ayat power, sampai ada yang kata "kalau beg besar nanti polis tangkap", tapi tetapnya pendirian puteriku ini :"Beg kecik nanti tak boleh masuk buku. Apa lagi alasan ummi, walaupun hakikatnya mana budak tadika bawa buku balik rumah.

Masalah lagi... tiada beg yang ada gambar princess 3 orang, yang ada hanya satu, dua dan empat. Lama dia berfikir, akhirnya bersetuju untuk memilih beg dengan gambar satu princess (dia panggil barbie), alhamdulillah.




Isnin ini, InsyaAllah Nabihah akan melangkah ke satu fasa baru dalam hidupnya... menjadi murid di sekolah tadika. 4,3,2,1... Selamat Maju Jaya anakku...