CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 17, 2009

KONVOKESYEN TIP PARIT BUNTAR



Monday, August 10, 2009

Nasyid My Mother

Ulu Paip



Suatu ketika dulu...

Friday, July 24, 2009

PRINCESS TAK BOLEH BUAT KERJA

Puteri ku seorang ini memang manja. Kadang-kadang dia datang tiba-tiba memeluk dan mencium pipiku.
"Kenapa ni" Tanyaku, sengaja nak dengar mulut mungilnya meluahkan rasa.
"Nabihah sayang ummi".Ayat yang amat aku gemari. "Lagi, Nabihah sayang siapa?" "Sayang abah... sayang nenek, sayang atuk, sayang tok, sayang tok wan... sayang seeeeemua orang" dengan tangannya sekali menggambarkan banyaknya orang yang dia sayang.

Kadang-kadang apabila dipanggil namanya dia tidak menyahut... mungkin ralit mewarna atau menonton tv, atau bermain dengan bearnya yang dipakaikan baju, diselimutkan, bahkan dibedakkan... konon-kononnya baby nak tidur.
Lalu aku memanggilnya "Princess! Mai sini sat..." cepat-cepat dia datang. Jika dipuji seperti "Nabihah dah besarlah", "Nabihah is a good girl", "Anak ummi comel", "Anak ummi pandai", "Anak ummi rajin" dan seumpamanya semangatnya hendak melakukan sesuatu akan bertambah...

Suatu hari aku memanggil namanya "Busyra! ooo Busyra." Diam tidak bersahut.
"Hmm... Busyra tak ada agaknya. BUSY! ooo BUSY! BUS (bas)! ooo BUS!" Sengaja aku memanggil dgn nama-nama dari perkataan BUSYRA itu sendiri.
Tiba-tiba terjengul mukanya sambil tersengih "Bukan BUSY lah ummi. PRINCESS" dia membetulkan panggilan namanya... "Heh... sengaja nak suruh ummi panggil princess baru nak datang ye" aku menggeletek pinggangnya kerana tahu dia memang penggeli orangnya.

Suatu hari yang lain ketika aku tiada di rumah, menurut abahnya, ketika abahnya sedang mengemas rumah, dia sibuk bermain di ruang tamu sambil menonton tv... lalu abahnya pun memanggil "Nabihah! Mai tolong abah simpan barang-barang Nabihah". Jawabnya dari jauh "Nabihah princess. Princess tak boleh buat kerja" Kah!Kah!Kah!
Salahkah aku kerana menjadikannya seorang "princess"??? Sweet girl... ummi dan abah saaayang Nabihah.

SILAP FAHAM

"Mi, cikgu cakap suruh pakai t-shirt,nak main kat luar" beritahu puteriku malam semalam.
"Cikgu sekolah adik?"
"Bukan, cikgu tadika lah" jelasnya.
Bangun pagi tadi perkara sama diulang lagi. Lalu aku memakaikannya t-shirt lenagn panjang dan seluar track, serta tudung hijau.
"Mi, tak naklah tudung hijau, nanti cikgu marah. Nak tudung putih"
"Tak apa... kan Nabihah nak main-main kat luar, tudung putih nanti kotor" terangku.
"Nanti ummi cakap kat cikgu ye!" pintanya, takut benar kalau ditegur oleh cikgu kerana tudung uniformnya ialah warna putih sahaja.
"Ya lah" aku berjanji.
Tapi dalam hatiku memang ragu-ragu betul ke cikgu meminta murid-murid tadika tersebut memakai baju PJ. Jadi sebelum menghantar Nabihah ke tadika, aku mencapai uniformnya dan dimasukkan ke dalam kereta, sbg back-up.
Sampai di sekolahnya aku menjenguk ke dalam kelas... semua murid beruniform ungu seperti biasa... Sah! Nabihah sudah silap faham arahan guru hehehehe... kebetulan pada masa yg sama terdapat seorang ibu yg menghantar anaknya, juga berpakaian sukan.
Jadi bukan Nabihah seorang yg silap faham... Bila ditanyakan kepada gurunya, rupa-rupanya murid-murid dikehendaki memakai pakaian sukan pada hari Rabu minggu depan untuk latihan... kerana selepas raya nanti ada sukan...
Hmm... Aku mendapatkan Nabihah di dalam kereta dan menerangkan kepadanya perkara sebenar.
"Jom,kita tukar baju kat bilik air" aku mencapai uniformnya di tempat duduk belakang kereta.
Sambil matanya menjeling ke dalam kelas, dgn lajunya dia berlari ke bilik air. Hahaha! Rupa-rupanya tahu gak dia malu kat kawan-kawannya kerana silap faham arahan guru... Selepas menukar uniform barulah dengan lagak tenang puteriku melangkah ke dalam kelas... macam tiada apa-apa berlaku... Hmmm... pandai cover!!!!

Thursday, July 16, 2009

Suka bercerita

"Ummi, cikgu Su suruh bawak CD burung" tiba-tiba puteriku bersuara.
"CD burung? CD mana ni?"
"Ala... CD yang Nabihah dah tengok tu... cerita burung"
"Oooo... CD cerita burung Silang ke?" baru aku teringat VCD yang aku belikan untuknya 2 minggu lepas.
"Ya lah... Cikgu Su suruh bawak, nak bagi kawan-kawan tengok"
"Macam mana Cikgu Su tahu Nabihah ada CD tu? Nabihah cerita kat cikgu ye..."
"Yalah Mi... Nabihah kan dah tengok cerita burung tu... Nabihah nak bagi kawan-kawan tengok la... Cikgu Su suruh bawak gi sekolah la..."
Hmmm... suka bercerita rupanya budak ni... ntah apa lah yang diceritakan pasal umminya kat cikgu...????

Wednesday, July 15, 2009

Ekekekeke

"Ummi, tadi ada orang buat Nabihah" adu puteriku.
"Ya? Kat mana?" sengaja aku menunjukkan minat.
"Kat sekolah adik (nursery)"
"Siapa nama dia?"
"Wanie"
"Dia buat macam mana?" Tanyaku lagi.
"Dia wat macam ni kat dada Nabihah (sambil ditumbuk-tumbuk dadanya)"
"Nabihah nangis ke?"
"Tak. Eh... Nabihah nangis, sakit"
"Cakap kat cikgu Su tak?"
"Nabihah cakap"
"Cikgu Su Buat macam mana kat Wani?" Sengaja aku mahu mendengar aduannya.
"Cikgu Su tak buat apa pun. Cikgu Su cakap nanti siapa yang buat orang biar Makcik Tol marah dia" penuh perasaan dia bercerita.
Abahnya datang.
"Abah, Nabihah cakap tadi Wani buat dia. Nangis" adu ku.
"Ya ke?"
"Nabihah, umur Wani berapa tahun?" tanyaku.
"3 tahun"
"Kah!Kah!Kah!" kami ketawa gelihati. "Nabihah nangis kena buat ngan budak kecik" sakat abahnya pula.
"Ala... Wani tu nak kawan ngan Nabihah, sebab tu dia tumbuk Nabihah, dia nak bergurau je..."
"Hahahaha" Nabihah turut tertawa.

Tuesday, June 23, 2009

REFRESH

Hmmm... rupanya dah setengah tahun blog ni tidak diupdate...
cerita dah basi...

Nabihah pun dah bersekolah di Tadika Islam selama 6 bulan... bolehlah baca doa harian yang mudah-mudah... boleh berwudhuk walaupun belum sempurna... tahu rukun fi'li solat fardhu... hafal bacaan dalam solat walaupun bacaan tahiyyat dan doa iftitah belum lancar... kira 'bolehlah' bagi seorang anak manja yang berumur 5 tahun... walaupun sesetengah rakan sebayanya jauh lebih advance...

Ada masa nanti InsyaAllah akan ku coretkan catatan perjalanan Nabihah meniti alam kanak-kanaknya yang sudah ada warna-warni pelangi... marah, merajuk, gembira, sedih, simpati, penyayang, berangan dan sebagainya... itulah dunianya yang semakin 'beremosi...'

Friday, January 2, 2009

MENGHITUNG HARI

Bangun pagi-pagi kedengaran kata-katanya: " Nabihah nak gi sekolah "
Ummi: "Masih cuti sayang... sekolah belum buka lagi".

Lalu je area Taman Damai/Taman Semarak dia sibuk tunjuk sekolahnya (Tadika Surau Taman Seri Semarak). " Sekolah baru Nabihah ada satu je bendera ". Dari hari pertama ummi pegi daftarkan dia ke tadika tersebut, dia sudah menyebut tentang itu. Ntah la, ummi pun tak perasan , dan tak tahu bendera mana yang dimaksudkan. " Old school Nabihah ada bendera banyak ", dia membandingkan dengan nursery yang dihuninya sejak 2006.

Sejak balik beraya haji di Kelantan Disember lepas lagi dia sibuk meminta dibelikan beg beroda macam Chu Ainnya. Bahkan dimintanya kasut putih dan pakaian seragam sekolah. Bila ummi katakan bahawa Nabihah masih kecil, apalagi melentinglah dia, katanya " Nabihah dah besar la ummi. Nabihah nak sekolah macam Chu Ain".

Tidak menghampakan permintaannya, semalam ummi dan abah bawa dia ke pusat bandar Parit Buntar untuk membeli beg sekolahnya. Kecik-kecik pun dah selektif. Yang itu tak mahu "beg lelaki la abah", yang ini tak nak "Ni gambar Barbie empat, Nabihah nak gambar barbie 3 je, macam beg Chu Ain". Kami dah berkenan dengan beg beroda yang kecil, sesuai utk budak tadika tapi dia tak mahu. Puas dipujuk, bahkan salesgirl kat situ 2 3 orang guna macam-macam ayat power, sampai ada yang kata "kalau beg besar nanti polis tangkap", tapi tetapnya pendirian puteriku ini :"Beg kecik nanti tak boleh masuk buku. Apa lagi alasan ummi, walaupun hakikatnya mana budak tadika bawa buku balik rumah.

Masalah lagi... tiada beg yang ada gambar princess 3 orang, yang ada hanya satu, dua dan empat. Lama dia berfikir, akhirnya bersetuju untuk memilih beg dengan gambar satu princess (dia panggil barbie), alhamdulillah.




Isnin ini, InsyaAllah Nabihah akan melangkah ke satu fasa baru dalam hidupnya... menjadi murid di sekolah tadika. 4,3,2,1... Selamat Maju Jaya anakku...