CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 24, 2009

PRINCESS TAK BOLEH BUAT KERJA

Puteri ku seorang ini memang manja. Kadang-kadang dia datang tiba-tiba memeluk dan mencium pipiku.
"Kenapa ni" Tanyaku, sengaja nak dengar mulut mungilnya meluahkan rasa.
"Nabihah sayang ummi".Ayat yang amat aku gemari. "Lagi, Nabihah sayang siapa?" "Sayang abah... sayang nenek, sayang atuk, sayang tok, sayang tok wan... sayang seeeeemua orang" dengan tangannya sekali menggambarkan banyaknya orang yang dia sayang.

Kadang-kadang apabila dipanggil namanya dia tidak menyahut... mungkin ralit mewarna atau menonton tv, atau bermain dengan bearnya yang dipakaikan baju, diselimutkan, bahkan dibedakkan... konon-kononnya baby nak tidur.
Lalu aku memanggilnya "Princess! Mai sini sat..." cepat-cepat dia datang. Jika dipuji seperti "Nabihah dah besarlah", "Nabihah is a good girl", "Anak ummi comel", "Anak ummi pandai", "Anak ummi rajin" dan seumpamanya semangatnya hendak melakukan sesuatu akan bertambah...

Suatu hari aku memanggil namanya "Busyra! ooo Busyra." Diam tidak bersahut.
"Hmm... Busyra tak ada agaknya. BUSY! ooo BUSY! BUS (bas)! ooo BUS!" Sengaja aku memanggil dgn nama-nama dari perkataan BUSYRA itu sendiri.
Tiba-tiba terjengul mukanya sambil tersengih "Bukan BUSY lah ummi. PRINCESS" dia membetulkan panggilan namanya... "Heh... sengaja nak suruh ummi panggil princess baru nak datang ye" aku menggeletek pinggangnya kerana tahu dia memang penggeli orangnya.

Suatu hari yang lain ketika aku tiada di rumah, menurut abahnya, ketika abahnya sedang mengemas rumah, dia sibuk bermain di ruang tamu sambil menonton tv... lalu abahnya pun memanggil "Nabihah! Mai tolong abah simpan barang-barang Nabihah". Jawabnya dari jauh "Nabihah princess. Princess tak boleh buat kerja" Kah!Kah!Kah!
Salahkah aku kerana menjadikannya seorang "princess"??? Sweet girl... ummi dan abah saaayang Nabihah.

0 comments: