CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 6, 2010

"Nabihah dah 6 tahun"

Jumaat, 1 Januari 2010

Pagi-pagi lagi Nabihah merengek meminta dibelikan kek. "Nabihah nak kek! Nabihah nak kek! Nabihah nak kek!" berpuluh-puluh kali diulang-ulang.
Hairan juga kenapa tiba-tiba dia teringin nak makan kek.
"Tunggulah birthday Nabihah, nanti ummi belikan" pujukku. Sebenarnya malas nak ke kedai kek sebab kami sedang bersiap hendak balik ke Perlis.
"Tak nak!" Tegasnya. "Ooo... ni tahun 2010 dah, Nabihah nak kek sebab Nabihah dah masuk 6 tahun ye!" kataku.
"Nabihah dah 6 tahun ke mi?" dia bertanya dengan penuh 'excited'.
"A'ah, hari ni dah tahun 2010, Nabihah dah masuk umur 6 tahun. Nanti kena masuk tadika 6 tahun lah" jelasku sambil merangkul badannya.
Sungguh gembira Nabihah mendengar peneranganku. Berlari-lari dia menuju ke arah abahnya menceritakan dia sudah berusia 6 tahun. Hahaha... lucu budak ni...

Dalam perjalanan pulang ke kampung, dia masih mengulang-ulang permintaannya mahukan kek. Lalu kami pun singgah di Kedai kek di Pekan Lama Parit Buntar membelikan sebiji kek untuknya yang ditulis "Nabihah 6 tahun"... wah! berseri-seri wajahnya.

Sesampai saja di rumah tok wannya di Perlis, terus dibawa masuk kek tersebut sambil mulutnya becok bercerita dia sudah 6 tahun. Ditambah dengan sokongan daripada Tok nya, semakin gembira lah puteriku meraikan kemasukannya ke zon 6 tahun... walaupun ulang tahun kelahirannya adalah Februari nanti.

0 comments: