24 Disember 2008
Nabihah amat sukakan kek ising. Selalunya jika sudah lama tidak dibelikan kek, dia suka menyanyikan lagu "Happy Birthday" utk ummi atau abah sambil menghulurkan apa-apa sahaja alat mainannya atau apa-apa sahaja konon-kononnya kek... Kemudian dia akan cakap "Kek Nabihah dah abis lah ummi...". Ummi dia suka menjawab "Cakap ngan abah..." Siap dia sebut lagi nak kek warna apa. Dulu dia minta kek warna biru, kemudian kek coklat (kek coklat boleh la ummi buat sendiri, kek ising ummi tak pandai), kemudian kek warna pink, dan minggu lepas sibuk nak kek warna kuning.
Tp sayangnya 2 hari berturut-turut pegi Maria Cake House tp kek warna kuning tak ada. Lastly, kami pujuk dia supaya pilih kek Minnie Mouse je. Nasib baik la dia suka. Kalau tak.... (Dia ni kuat merajuk... macam umminya... shhhh!!!) Sampai je kat rumah, terus ke dapur minta dipotong kek. Kali ni biar je dia potong sendiri... Lihatlah... Nabihah dah besar kan... sweet girl.
Friday, December 26, 2008
UMMI... NABIHAH NAK KEK...
Posted by bayu pagi at Friday, December 26, 2008 0 comments
Sunday, December 21, 2008
Saturday, November 8, 2008
Wednesday, October 8, 2008
UMMI SAYANG ABAH & NABIHAH
Posted by bayu pagi at Wednesday, October 08, 2008 0 comments
Labels: umi abah
Tuesday, September 23, 2008
APABILA ANAK DEMAM
Demam lagi. Innalillah wa inna ilaihi Rajiuunn.
Posted by bayu pagi at Tuesday, September 23, 2008 1 comments
Tuesday, September 16, 2008
Kelahiran yang dinantikan...
Puteriku sayang...
Dua tahun ummi dan abah menanti, akhirnya Allah telah mengizinkan kau tercipta. Hadiah anniversary kedua yang paling bermakna, alhamdulillah ummi disahkan mengandung. Seawal usiamu 5 bulan dalam kandungan, ultrasound yang dijalankan menunjukkan bayi ummi seorang puteri. Kami sediakan namamu BUSYRA yang membawa maksud berita gembira. Diiringi nama NABIHAH sebagai doa agar kau menjadi orang yang bijaksana. Kiranya qadha' Allah tiada siapa dapat menduga. Kelahiranmu yang dijangkakan pada April terpaksa diawalkan kerana ummi disahkan mengalami pre-eklampsia. Jadi genap 33 minggu usiamu dalam kandungan, doktor mengesahkan ummi terpaksa dibedah secara caesarean demi menyelamatkan nyawa ummi dan juga engkau wahai anakku...
Gambar tak jelas dan senget sebab kamera tidak berkualiti (dapt free je)
Hari kedua barulah ummi berpeluang menjenguk engkau di nursery, itupun disorong dengan wheelchair oleh abah. Abah hanya iqamat melalui corong inkubator. Melihat keadaan kau di situ, air mata ummi senang saja mengalir. Tetapi bila memandang bayi-bayi lain rupanya masih ada yang lebih kritikal, berserabut dengan wayar dalam keadaan fizikal teramat kecil, ada yang tak sampai 1kg. Ummi bersyukur sangat-sangat kerana kau tidak mengalami komplikasi apa-apa. Buktinya hari ketiga kau sudah dikeluarkan dari inkubator dan dpindahkan ke dalam wad bayi bersebelahan. Walau bagaimanapun, kau terpaksa tinggal di hospital sehingga berat mencapai 1.8 kg. Sepanjang tempoh itu abah tidak dapat menyentuh kau kerana wad itu hanya boleh dimasuki oleh ibu-ibu. Para bapa hanya dapat memandang melalui kaca tingkap. Setiap hari ummi berulang-alik dari hospital ke rumah kerana ummi bermalam di hospital, tetapi pulang ke rumah untuk mandi air panas. Di hospital ini (ketika itu) kemudahannya belum sempurna, tidak seperti hospital di semenanjung yang dijaga kualitinya dari segala aspek. Agaknya sekarang keadaan telah berubah dengan pembinaan bangunan baru (ketika itu masih dalam proses).
Di sebelah tu namanya Khairul Anwar, bangsa Bajau. Dia lagi kesian, mengalami anaemia. Dia lagi lama berada di hospital sebelum dibenarkan pulang. Rasanya ada la dalam 3 bulan.
Sepanjang tempoh di nursery ini, tangan dan kaki engkau wahai anakku menjadi sasaran jarum-jarum picagari untuk diambil sampel darah untuk dianalisis. Ibu mana pun akan tersayat hati melihat bayi yang sekecil itu menangis kesakitan setiap kali diambil darah. Seorang anak rakan ummi lebih teruk lagi. Disebabkan tangan dan kakinya telah lebam dicucuk, akhirnya urat darah di kepala pula menjadi sasaran. Tetapi demi kebaikan anak, kami serahkan kepada kepakaran doktor disamping berdoa kepada Allah agar segalanya selamat.
32 hari menjadi penghuni wad ini, akhirnya tanggal 29 Mac kau telah dibenarkan pulang ke rumah bersama ummi. Hari itu juga barulah kau diberi suntikan BCG yang biasanya diterima oleh bayi yang baru lahir sebaik sahaja dilahirkan. Detik ini jugalah baru kau dibisikkan iqamat secara langsung oleh abah yang terpaksa menunggu sebulan lebih untuk menyentuhmu, zuriatnya.
Terima kasih tak terhingga ummi ucapkan buat abah di atas pengorbanannya menjaga kita. Terima kasih juga buat Makcik Shitah yang telah mengorbankan cuti semesternya semasa menuntut di UMS untuk menjaga makan minum ummi dan abah sepanjang tempoh itu. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Masa ni umur kau lebih kurang 3 minggu. Mata belum dapat mengecam objek lagi tu...
Benarlah, bayi pra-matang lebih cepat membesar apabila diurut dan dibelai. Buktinya selepas 2 minggu kau dibawa pulang beratmu meningkat dengan cepat berbanding semasa berada di hospital di mana keadaannya tidak membenarkan bayi di sebelah ibu. Anakku... sesiapa yang pernah melihatmu semasa bayi pasti memahami kegembiraan ummi melihat kau membesar seperti sekarang. Semoga sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Salam sayang dari ummi.
Posted by bayu pagi at Tuesday, September 16, 2008 0 comments
Monday, September 15, 2008
SENYUMLAH WAHAI ANAKKU

Posted by bayu pagi at Monday, September 15, 2008 1 comments
Labels: SI MANJA KEDEDEK