CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 5, 2011

HIDUP KEMBALI?

Hmmm... bertahun blog ini terbiar... sejak demam fb melanda... tetiba hari ni rasa teringin nak berblog semula... mungkinkah ini detiknya blog mati hidup semula? Tunggu dan lihat sajalah nanti....

Wednesday, January 6, 2010

Bagusnya!

Isnin, 4 Januari 2010

Hari pertama persekolahan bagi tahun 2010.

Kembali menyarung uniform ungu cukup mengujakan Nabihah. Tetapi seperti kebiasaannya suka mengulang tanya perkara yang sama sampai kekadang aku naik bosan menjawabnya.
"Ummi, betul ke hari ni tadika dah buka?"
"Ya lah sayang"
"Cikgu tak cuti lagi?"
"Tak sayang, dah habis cuti dah".
"Oooo..."

Ingatkan dah habis. Tetiba ditanya lagi.
"Ummi, kawan-kawan Nabihah pun datang sekolah ke hari ni?"
"Ya!"
"Kawan-kawan Nabihah tak cuti lagi ke mi?"
"Nanti kita pi sekolah, Nabihah tengok ada tak Dhiya, Aina... okey?"
Bukan tidak mahu melayan pertanyaannya, tetapi semakin banyak dia bertanya, semakin lambatlah dia bersiap.

Sampai di sekolah, kelihatan banyak ibu bapa yang datang menghantar anak-anak mereka terutama yang berumur 4 dan 5 tahun. Nabihah dan kawan-kawannya yang berumur 6 tahun masuk ke kelas yang dikhususkan untuk mereka. Tiba di meja dia duduk di sebelah kawan baiknya Dhiya dan Aina. Aku lihat wajahnya serius semacam aje! Nak kata dia tak kenal kawan, semuanya adalah rakan-rakannya semasa tadika 5 tahun.

"Tak salam ngan Dhiya dan Aina ke?" Tegurku. Barulah dia menghulurkan tangan bersalaman dengan kawan-kawannya. Selepas itu kembali duduk dengan serius. Aku tinggalkan dia selepas beberapa ketika.

Malamnya, di rumah, aku bercerita tentang perangainya kepada abahnya. Lalu aku bertanya " Kenapa tadi masa di sekolah Nabihah tak bercakap pun dengan kawan-kawan. malu ke?"
"Cikgu tak suruh lagi. Cikgu belum suruh baca doa belajar lagi. Nabihah diam la!"

Ooo... rupa-rupanya dia diam sebab tak boleh bising di dalam kelas. Cikgu belum suruh baca doa belajar, belum suruh buat aktiviti, jadi tak boleh bermain-main atau buat bising hahaha... Murid yang bagus!!! Hahaha!!!

"Nabihah dah 6 tahun"

Jumaat, 1 Januari 2010

Pagi-pagi lagi Nabihah merengek meminta dibelikan kek. "Nabihah nak kek! Nabihah nak kek! Nabihah nak kek!" berpuluh-puluh kali diulang-ulang.
Hairan juga kenapa tiba-tiba dia teringin nak makan kek.
"Tunggulah birthday Nabihah, nanti ummi belikan" pujukku. Sebenarnya malas nak ke kedai kek sebab kami sedang bersiap hendak balik ke Perlis.
"Tak nak!" Tegasnya. "Ooo... ni tahun 2010 dah, Nabihah nak kek sebab Nabihah dah masuk 6 tahun ye!" kataku.
"Nabihah dah 6 tahun ke mi?" dia bertanya dengan penuh 'excited'.
"A'ah, hari ni dah tahun 2010, Nabihah dah masuk umur 6 tahun. Nanti kena masuk tadika 6 tahun lah" jelasku sambil merangkul badannya.
Sungguh gembira Nabihah mendengar peneranganku. Berlari-lari dia menuju ke arah abahnya menceritakan dia sudah berusia 6 tahun. Hahaha... lucu budak ni...

Dalam perjalanan pulang ke kampung, dia masih mengulang-ulang permintaannya mahukan kek. Lalu kami pun singgah di Kedai kek di Pekan Lama Parit Buntar membelikan sebiji kek untuknya yang ditulis "Nabihah 6 tahun"... wah! berseri-seri wajahnya.

Sesampai saja di rumah tok wannya di Perlis, terus dibawa masuk kek tersebut sambil mulutnya becok bercerita dia sudah 6 tahun. Ditambah dengan sokongan daripada Tok nya, semakin gembira lah puteriku meraikan kemasukannya ke zon 6 tahun... walaupun ulang tahun kelahirannya adalah Februari nanti.